Berani Berniaga 2013

BELAJAR

Assalamualaikum pembaca semua,

Semoga anda kaya dan berjaya!Itulah tag line Dr. Azizan Osman dalam seminarnya. Alhamdulillah dengan izin Allah Ta’ala saya dapat berkesempatan pergi ke seminar beliau AMP#7 ( Advanced Marketing Power ) baru-baru ini pada 10-12 Mei 2013.Banyak yang telah saya pelajari dalam seminar 3 hari itu.

Apa yang saya nak sampaikan dalam post kali ini ialah,untuk berjaya kita WAJIB ada ilmu,dan ilmu itu kita kena tuntut,sentiasa belajar sebab,kaedah yang kita belajar 5 tahun lepas mungkin sudah tidak relevan pada hari ini.

Kita tengok bagaimana jenama HP Samsung pada hari ini menguasai pasaran dan dituruti oleh Apple,jenama Nokia pula telah tertinggal jauh.Sebab apa?Mereka sentiasa belajar,belajar dan belajar.

Apa yang saya suka selepas 10 hari seminar itu,banyak yang saya praktikkan dalam bisnez saya contohnya Fan Page saya https://www.facebook.com/pages/GE-Takaful-Al-MiKraj-Group/142370952504554?ref=hl telah saya ‘upgrade’ supaya lebih meriah lagi.

Dr. Azizan Osman juga berkata bahawa gagalnya bisnes disebabkan gagalnya pemasaran,sebab pemasaran adalah nadi dalam bisnes.Anda bagaimana?Begitu juga dalam industri Takaful,kita wajib ada ilmu untuk memasarkan kebaikkan Takaful itu sendiri.

Untuk tahu bagaimana untuk memasarkan Takaful pada zaman ini yang menjadikan anda huru-hara tidak cukup tangan menjawab telefon,anda wajib BELAJAR!

Bisnez Takaful

IMG_4368Assalamualaikum pembaca budiman,hari ini saya hendak membincangkan satu topik. Ada apa  dengan kerjaya Takaful ni? Best sangat ke? Kenapa pula hendak pilih Great Eastern Takaful,kenapa tak pilih syarikat lain? Boleh cari makan ke dengan Takaful ni?

Pelbagai persoalan-persoalan ini pernah ditujukan kepada saya,mula-mula saya jawab kenapa dengan kerjaya Takaful ni? Kerjaya Takaful ini salah satu daripada pekerjaan mulia @ fardhu kifayah,kenapa? Bayangkan…pernah tak anda pergi ke majlis pengurusan pengkebumian? Kita akan lihat orang yang datang akan masukkan wang’derma’ ke dalam satu tabung yang disediakan.

Secara jujurnya saya tanya anda,berapa yang paling besar boleh kita bagi?RM10@ RM50? Jujur..adakah anda sanggup bagi tiap-tiap hari RM10 kepada keluarga si mati, so…di sinilah antara peranan wakil takaful akan menyerahkan sejumlah wang dengan cek,paling koman pun biasanya RM10K.

Mungkin…walaupun tidak menyelesaikan semua masalah sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan,bayangkan dengan jumlah wang itu digunakan untuk menyelesaikan hutang(biasanya kereta?),kos pendidikan anak-anak lagi…bayangkan juga anak-anak itu dapat melanjutkan pelajaran dengan wang itu,jadi tidakkah ada sekelumit@ secubit pahala untuk kita?

Amal jariah yang boleh memberikan kita ‘aircond’ dalam kubur nanti? Yang Kedua: Allah ciptakan setiap makhluknya ada kaitan antara satu sama lain,berani ke kita mengatakan ibu jari adalah amat penting daripada jari kelingking? Atau jari telunjuk tidak ada pun tak apa..?

Oleh itu sama lah dalam kehidupan kita,setiap orang ada tugasan@ kemahiran  masing-masing,mungkin dia lebih mahir kepada mekanik tetapi tidak pada membuat pengiraan,atau mungkin dia cenderung kepada menjual barang daripada duduk diam menjaga kawasan.

Kerjaya takaful adalah kerjaya profiesonal yang mempunyai latihan khusus serta terbuka kepada sesiapa untuk menyertainya,walaupun mungkin tiada pengalaman dalam marketing,maka kita boleh masukkan dalam ‘oven’ dan ‘acuan’,insyallah dia akan jadi ‘kek’ yang sedap.

Yang Ke 3: Salah satu cabang jihad iaitu jihad ekonomi. Kenapa? Saya bercakap dari sudut sebagai Businessman, pernah tak kita terfikir untuk hidup selesa? Mungkin bahasa yang paling mudah ialah kaya raya, bahagia zahir dan batin? Kita adalah apa yang kita fikirkan, Allah bagi apa yang terlintas dalam fikiran kita.

Saya bagi contoh paling mudah,kalau kita tak pernah terfikir untuk memandu Ferrari, maka Allah tidak akan lorongkan kepada arah itu, pernah tak kita terfikir untuk bawa ayah mak pergi haji/umrah?

Pernah tak kita terfikir untuk wakafkan sebahagian harta kita kepada masjid atau sebagainya,pernah tak kita terfikir untuk bantu anak yatim dalam pelajaran dia atau ambil sebagai anak angkat? Pernah tak kita terfikir untuk melawat pesakit dan berilah kepada mereka ole2, pernah tak kita terfikir untuk bantu orang yang memerlukan dan sebagai?

So…sebab kita tak pernah terfikir… itulah Allah tak bagi kita kaya, sebab… setakat nak kereta, rumah idaman, pendapatan idaman tidak cukup kuat untuk Allah bagi, Allah nak supaya kita THINK BIG DAN REASON BIG dalam hidup ini,contohnya menambah nilai seseorang.Tapi jangan salah faham ye apa yang saya maksudkan…maksudnya walaupun apa jua keadaan kita sekarang ini,  Allah tetap bagi juga rezeki kepada kita,cuma disitulah beza orang beriman yang kaya dengan tidak beriman.

In Sha Allah kita sambung perkongsian ini, apa yang penting kita tahu apa yang kita buat berdasarkan Matlamat, ada Mentor@ guru, rajin mencari Ilmu bidang yang kita ceburi, ada sistem@ strategi dalam berniaga, yang penting perlu ada Tindakan, serta pastinya Impian kena ada!